Laman ini BUKAN portal rasmi LPHS atau JWP. Ini ialah katalog senarai Rumah Selangorku & RUMAWIP 2027 yang terbuka untuk permohonan.

WhatsApp Kami

Skim Bantuan Pinjaman Rumah Pertama

Dua skim kerajaan yang boleh membantu pembeli Rumah Selangorku dan RUMAWIP mendapatkan pinjaman bank, terutamanya jika anda bekerja sendiri atau tidak mempunyai simpanan untuk bayaran pendahuluan.

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Membantu individu yang tiada pendapatan tetap atau slip gaji, seperti peniaga kecil, pekerja gig dan petani, untuk mendapat pinjaman perumahan daripada bank. Kerajaan memberi jaminan kepada bank bagi pihak peminjam.

Kriteria kelayakan

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Rumah yang dibeli ialah rumah pertama dan untuk diduduki sendiri.
  3. Boleh digunakan untuk rumah baharu, rumah sedia ada (subsale) atau rumah lelong.
  4. Jumlah bayaran balik semua pinjaman tidak melebihi 65% daripada pendapatan kasar bulanan.
  5. Tiada tunggakan bayaran dalam rekod CCRIS melebihi 2 bulan dalam tempoh 12 bulan terakhir.
  6. Tiada rekod kredit negatif lain dalam tempoh 24 bulan terakhir.

Maklumat lanjut: laman rasmi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP).

Skim Rumah Pertamaku (Cagamas)

Membantu pembeli rumah pertama berpendapatan sederhana mendapat pembiayaan penuh, termasuk kos tambahan, supaya tidak perlu menyediakan wang pendahuluan 10%.

Kriteria kelayakan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pembeli rumah pertama.
  3. Bekerja dengan majikan (bergaji) atau bekerja sendiri.
  4. Boleh memohon secara individu atau bersama.
  5. Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 (individu) atau RM10,000 (permohonan bersama).
  6. Tiada rekod pembiayaan bermasalah dalam tempoh 12 bulan lepas.
  7. Pembiayaan sehingga 110%. Pembiayaan melebihi 100% hanya untuk pemohon berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah dan harga rumah RM300,000 ke bawah.

Maklumat lanjut: laman rasmi Skim Rumah Pertamaku (Cagamas) atau bank yang menyertai skim ini.

Syarat skim boleh berubah mengikut pengumuman kerajaan dan polisi bank. Kami akan sahkan syarat terkini semasa membantu permohonan anda.

Perlukan bantuan pinjaman?

Isi maklumat di bawah. Kami akan hubungi anda melalui WhatsApp untuk semak kelayakan dan bantu proses permohonan.

Atau terus WhatsApp kami.