Laman ini BUKAN portal rasmi LPHS atau JWP. Ini ialah katalog senarai Rumah Selangorku & RUMAWIP 2027 yang terbuka untuk permohonan.

WhatsApp Kami

Soalan Lazim

Rumah Selangorku

Apa itu Rumah Selangorku?

Rumah Selangorku (RSKU) ialah program rumah mampu milik Kerajaan Negeri Selangor yang dikawal selia oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Harga rumah dikawal dan dikhaskan untuk pembeli rumah pertama di Selangor.

Berapa had pendapatan untuk Rumah Selangorku?

Untuk Rumah Jenis D, E dan E Khas, pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM14,500 sebulan. Rumah Selangorku Komersial pula membenarkan sehingga RM15,000 sebulan dengan keutamaan kepada RM10,000 ke bawah.

Saya bujang, boleh mohon?

Boleh. Bujang yang mempunyai tanggungan layak memohon Rumah Selangorku. Untuk Rumah Selangorku Komersial, bujang juga boleh memohon.

Saya kerja di Selangor tapi tinggal di KL, layak?

Kelayakan bergantung kepada syarat semasa LPHS dan projek. Hantar maklumat anda kepada kami dan kami akan semak sebelum anda mendaftar.

Bila boleh jual Rumah Selangorku?

Pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli dan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

RUMAWIP

Apa itu RUMAWIP / Residensi Wilayah?

RUMAWIP (Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan), kini dikenali sebagai Residensi Wilayah, ialah rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP). Harga maksimum ialah RM300,000.

Siapa layak memohon RUMAWIP?

Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas, pembeli rumah pertama, yang tinggal, bekerja atau lahir di Wilayah Persekutuan, dengan pendapatan tidak melebihi RM10,000 (individu) atau RM15,000 (suami isteri).

Pinjaman & proses

Perlu ada duit pendahuluan 10%?

Kebanyakan pembeli rumah pertama boleh mendapatkan pembiayaan penuh melalui bank atau skim seperti Skim Rumah Pertamaku. Lihat halaman Skim Rumah Pertama untuk butiran.

Saya bekerja sendiri tanpa slip gaji, boleh dapat pinjaman?

Boleh dipertimbangkan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) menggunakan penyata bank dan dokumen perniagaan.

Adakah perkhidmatan anda dikenakan bayaran?

Semakan kelayakan dan nasihat awal adalah percuma. Kami ejen hartanah berdaftar yang membantu anda dari pendaftaran sehingga tempahan unit.

Adakah laman ini laman rasmi LPHS atau JWP?

Tidak. Laman ini ialah katalog projek yang diurus oleh ejen hartanah berdaftar. Pendaftaran rasmi tetap dibuat melalui portal LPHS (Selangor) atau portal Residensi Wilayah (JWP).

Ada soalan lain?