Syarat Kelayakan Memohon Rumah Selangorku & RUMAWIP
Ringkasan syarat untuk tiga kategori rumah mampu milik dalam katalog ini. Syarat muktamad ditentukan oleh LPHS (Selangor) dan JWP (Wilayah Persekutuan) dan boleh berubah dari semasa ke semasa.
Rumah Selangorku
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)- Pemohon dan pasangan ialah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon atau pasangan belum memiliki sebarang rumah di Selangor, sama ada projek kerajaan atau swasta.
- Untuk Rumah Jenis D, E dan E Khas: pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM14,500 sebulan.
- Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan juga layak memohon.
- Hanya satu jenis rumah (A, B, C, D atau E) boleh dipilih bagi setiap permohonan.
- Pemohon perlu mendaftar di sistem Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
- Rumah hanya boleh dipindah milik selepas 5 tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli, dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
- Pendaftaran sah selama 2 tahun. Jika masih dalam senarai menunggu selepas tempoh ini, pemohon perlu mendaftar semula.
Rumah Selangorku Komersial
Pangsapuri servis mampu milik (LPHS)- Pemohon dan pasangan ialah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Berkahwin atau bujang boleh memohon.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM15,000 sebulan. Keutamaan diberi kepada pemohon berpendapatan RM10,000 ke bawah.
- Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah kediaman komersial mampu milik di bawah LPHS (pangsapuri servis, SOHO, SOVO atau SOFO).
- Pemohon perlu mendaftar di sistem LPHS.
RUMAWIP (Residensi Wilayah)
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP)- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas.
- Pembeli rumah pertama (belum memiliki rumah).
- Tinggal, bekerja atau lahir di Wilayah Persekutuan.
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM10,000 (individu) atau RM15,000 (suami dan isteri).
- Permohonan melalui portal Residensi Wilayah di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
Dokumen biasanya diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon (dan pasangan, jika ada)
- Slip gaji 3 bulan terkini atau penyata bank 3 bulan (untuk bekerja sendiri)
- Sijil nikah atau dokumen berkaitan (jika berkenaan)
- Surat akuan sumpah (jika diminta)
- Bil utiliti sebagai bukti alamat (untuk RUMAWIP)
- Penyata KWSP dan laporan CCRIS / CTOS (untuk semakan pinjaman)
Tidak pasti layak atau tidak?
Hantar maklumat ringkas melalui borang di bawah atau WhatsApp kami. Kami semak kelayakan anda dan terangkan langkah seterusnya secara percuma.
WhatsApp 010-354 0926Semak kelayakan saya
Isi maklumat di bawah. Kami akan hubungi anda melalui WhatsApp untuk semak kelayakan dan bantu proses permohonan.
